Search

banner image

BTemplates.com

Wasiat terakhir nabi

WASIAT NABI MUHAMMAD (SAWAS) PADA MALAM KEWAFATAN BAGINDA  

Nabi Muhammad (SAWAS) bersabda kepada sepupunya, menantunya, dan penggantinya yang berhak, Imam Ali Ibn Abi Talib (AS) pada malam kewafatan baginda: “Wahai Bapa Al Hassan, bawakanku sebatang pena dan sehelai kertas’, maka Rasulullah (SAWAS) menyebutkan wasiat baginda sehinggalah baginda tiba pada keadaan dimana baginda bersabda: ‘Wahai Ali, akan ada dua belas Imam selepasku dan selepas mereka akan ada dua belas Mahdi. Jadi kamu, wahai Ali, adalah yang pertama daripada dua belas Imam, Allah Yang Maha Tinggi telah menamakan kamu di Syurga-Nya Ali Al Murtadha (Ali Yang Redha), Amirul Mukminin (Pemimpin Para Mukmin), Al-Siddiq Al-Akbar (Kebenaran yang lebih besar), Al-Farouq Al-A’zhom (Penghakim yang lebih Besar dan pembeza diantara kebenaran dan kebathilan), Al-Ma’moun (yang Dipercayai), dan Al-Mahdi (yang benar-benar dibimbing). Nama-nama ini tidak seharusnya dikaitkan selain dari kamu. Wahai Ali, kamu adalah Khalifah/Penjaga ke atas keluargaku sendiri, kehidupan mereka dan kematian mereka, dan ke atas perempuan-perempuanku: Sesiapa yang kamu kekalkan akan menemuiku esok, dan sesiapa yang kamu ceraikan aku tiada salah ke atasnya, aku tidak akan melihatnya dan dia tidak akan melihatku pada hari kebangkitan. Dan kamu adalah Pewarisku (Khalifah) ke atas umatku selepasku.

Jika kematian menghampirimu, serahkannya kepada anakku Al-Hassan sang pemberi manfaat.

Kemudian jika kematian menghampirinya, biarkan dia menyerahkannya kepada anakku Al Hussein, sang Syahid, yang Suci dan yang Dibunuh. 

Jika kematian menghampirinya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, penghulu ahli ibadah, Zul Thafant (seseorang yang ada kulit keras pada lututnya) Ali. 

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, Muhammad Al Baqir (Sang Pendedah Ilmu Pengetahuan).

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, Ja’far Al Sadiq (yang jujur).

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, Musa Al Kazhim (yang Sabar).

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia serahkan kepada anaknya, Ali Al Ridha.

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia serahkan kepada anaknya, Muhammad Al Thiqa Al-Taqqi (Yang Dipercayai, Yang menakuti-Tuhan).

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia serahkan kepada anaknya, Ali Al Nasih (Sang Penasihat)

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia serahkan kepada anaknya, Al Hassan Al Fadhil (yang berjasa).

Sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia serahkannya kepada anaknya, Muhammad sang Penjaga kepada Keluarga Muhammad salam kepada mereka semua.

Merekalah dua belas Imam. Kemudian akan ada dua belas Mahdi selepasnya, jadi sekiranya kematian menghampirinya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, yang pertama daripada yang rapat, dia mempunyai tiga nama, satu sepertiku dan satu seperti ayahku dan ianya adalah Abdullah (Hamba Allah), Ahmad, dan nama ketiga adalah Al Mahdi (yang dibimbing), dan dia adalah Mukmin pertama.”

[Al-Ghayba, Muhammad ibn Al-Hassan ‘Al-Toosi’, edisi ke-3., hlm.150, hadis 111]

[Bihar Al-Anwar, Muhammad Baqir Al-Majlisi, edisi ke-3., jld.36, hlm.260-261, hadis 81 and jld.53, hlm.147-148, hadis 6]
Wasiat terakhir nabi Wasiat terakhir nabi Reviewed by alqaim on 9:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.